BAPANAS- Hampir kebanyakkan negara di dunia ini mempunyai masalah kumpulan kongsi gelap di negara-negara mereka.
Kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini terkenal dengan keganasan mereka dan aktiviti-aktiviti jenayah yang dijalankan oleh ahli-ahli mereka seperti pelacuran, dadah dan perjudian.
Adakalanya, keganasan-keganasan yang dipamerkan oleh anggota-anggota kongsi gelap ini membuatkan kerajaan terpaksa mengambil langkah diplomatik atau pejam sebelah mata semasa berurusan dengan mereka.
![]() |
Anggota geng kongsi gelap, Barrio 18 sedang berkumpul menghadiri pertemuan di Penjara Cojutepeque, timur San Salvador, El Salvador |
El Salvador yang merupakan sebuah negara kecil yang terletak di kawasan Amerika Tengah juga tidak terkecuali dengan ancaman daripada keganasan oleh anggota-anggota kumpulan kongsi gelap di sana.
Meskipun ramai anggota kumpulan kongsi gelap ini telah dipenjarakan termasuklah ketua-ketua mereka, namun, ini tidak dapat membanteras aktiviti-aktiviti jenayah mereka.
Di sebalik tirai besi dan tembok penjara yang tinggi ini, ketua-ketua kongsi gelap ini dapat memberikan arahan kepada anggota-anggota mereka yang masih bebas di luar sana untuk menjalankan aktiviti perniagaan haram mereka seperti biasa.
Seorang wartawan untuk sebuah akhbar antarabangsa telah merakamkan aktiviti-aktiviti kumpulan kongsi gelap ini semasa mereka menjalani hukuman penjara di penjara Cojutepeque, Ciudad Barrios dan Quezaltepeque.
![]() |
Dua orang anggota geng kongsi gelap 18 menunjukkan tatu yang dicacah di belakang badan mereka ketika berada di Penjara Quezaltepeque |
![]() |
Anggota geng kongsi gelap 18 bergaya di hadapan kamera ketika diiringi oleh pengawal ke penjara Guatemala. |
Sumber: ohmymedia
loading...
Post a Comment